Orang tua cakap, jangan main api nanti terbakar. Tapi doktor cakap lemak-lemak dan minyak-minyak sapi yang dah terkumpul dalam badan kita kene dibakar, kalau simpan boleh jadi pekat cam minyak Ghee. Aku rasa kandungan lemak dan minyak dalam badan aku dah tahap nak overflow, org kerje kilang penapis minyak cakap dah "tank top".
Events tahun ini yang aku plan nak masuk memang di tahap minimum. Niat nak register tu mmg ada tapi tahun ni masa agak terhad. Jadi pilih mana-mana yang patut dan sesuai. Lagi pun kalau tak masuk events bukan tak boleh exercise, cuma kurang ler motivasi nak berletih yang sepatutnya.
Lepas dari KL Marathon, next major individual event bagi aku ialah Powerman (walau aku dalam tahap Tapauman ajer sekarang). Ingat start dari second week of Shawal boleh ler start berletih tapi hareeemmmm, layan kambing golek dgn satay ajer yang banyak. Bibik pulak pulang menyambut lebaran di Surabaya, weekend kene juga ambik duty laundry dan vacuum carpet, kalau tak memang ada potensi lesen training akan kene tarik, lagi parah.
Takut fitness level terus turun ke zero, aku paksa diri juga buat larian-larian anak jarak pendek di ujung2 Shawal. Stride pun dah jadi macam ketam. Kayuh jgn cerita ler, langsung tak sentuh beskal aku tu kecuali time aku kene alih beskal aku keluar waktu sedara-mara datang beraya kat rumah.
Pasal ada satu hari tu sekretari aku tegur badan aku nampak naik (esp tang perut), aku terus tersentak dari lamunan panjang memikirkan sesi kambing golek dan nasi mandy yang seterusnya. Pasal kawan-kawan semua dalam tahap advance latihan untuk menghadapi TNF dan PNM, memang aku rasa aku cari pasal kalau berletih dgn depa. Takut jadi kacau daun ajer pasal pace dengan endurance dah jadi tahap siput bayi. Nak lari sorang-sorang pun cam kurang plak motivasi, senang sgt nak ambil diskaun mega atau pun terus DNS sesilap haribulan.
Jadi last weekend aku pun menyambut lambungan Diket dan Azmar Org Besi buat larian geli2 di Putrajaya. Dengar plan depa nak buat brick tp lebih mirip brick untuk biathlon Chin Woo ajer (i.e. run and swim). Aku signed. Macam biasa, larian pagi sabtu aku mmg hancus, ntah ler naper susah nak recover dari letih hari jumaat. May be biasa sampai rumah lambat, dekat 9 pm kot. Apa2 pun pasal target just nak lari setakat 1 jam, dapat juga habis 8.7km dgn pace aku yg semput tapi puas mendengar borakan sakan Azmar dgn Diket.
Lepas lari, masuk pool pulak. Sah dah lama tak swim, muscles kaki mmg tak ready, baru 75m dah kene massive cramp. Kene plak masa dekat pool's depth at 2m, menggelupur ler kejap nak tenangkan diri before slow2 pergi ke tepi. Ingat nak call off terus plan swimming tp teruja tengok Azmar dgn Diket layan swimming, so sambung balik lepas lepak 4-5 minit. Bila dah dpt konsisten breathing ikut tips Diket and Syah last week, syok ler plak layan. Dpt ler 600m, ala kadar tapi puas hati. Nak kene lebih kerap turun pool kalau nak improve mileage.
Minggu ni mmg tak boleh ponteng weekdays' runs. Weekend may be buat brick solo kat shah alam. Pasal Sabtu nak ambik maid kat LCCT (yahooooo, boleh pulun lebih sikit lepas ni pasal dah boleh excuse duty laundry dgn vacuum carpet), so most probably Ahad. Next week still tak dpt buat brick dengan kawan-kawan pasal kene panjat and camping kat atas Gunung Dato'. Ni actually kes paksa rela, client suruh ikut. Aku kira cincailah this trip serves as part of my endurance training.
Harap-harap lepas ni proses pembakaran lemak dan minyak sapi dalam badan akan berjalan lancar supaya aku dapat mengelakkan dari jadi lemau tahap gaban masa Powerman kelak. Last sekali, Selamat berKOM pada kawan2 weekend ni!
Welcome back Ziff heheheh
ReplyDeleteKau lari je turun naik bukit kat area rumah kau tu, dapat 15 laps aku rasa dah mantop dah.
Entry terbaek dari kumpulan siput2 sedunia! Syabas bro! Welcome back! Yep, teruskan letihan & latihan. This weekend kami berKOM (terima kasih ucap wish), so kau maintain lari/swim + kayuh. Runcit2 je cukup, janji ada. Nanti dah selesai Gunung Datuk, kita masuk tender pulak :]
ReplyDeleteEchoing Deo and DM, welkam bek! welkam bek! :]
ReplyDeleteTriathlete in der making nih! 600m dalam air tu dah baguih tu bro!!
welcome back Ziff...sign up je mana2 race, otomatik training spirit tu datang...he he
ReplyDeleteDeo - mmg aku layan dekat2 rumah aku ajer tp best gak layan bukit dlm KGSAAS tu
ReplyDeleteDiket - mmg aku layan 7Eleven ajer setakat nie. Nanti aku ikut aku masuk tender TESCO dgn GIANT
Zack - swimming suka2 ajer bro, yg 2 alam pun belum mantop lagik hehe.
Ray - aku dah sign Nike RUn. PJ 1/2 aku ingat nak pirate lah :)
kak pah suka bab seketari tu je
ReplyDeletehehehe, seksateri ker seksiteri?
ReplyDelete