So aku pun rasa macam tak logik kenapa aku sambut dengan tak berfikir panjang (dan terasa macam bagus) lambongan untuk kayuhan Bentong – Tranum - Fraser Hill last week. Ikut anggaran awal, jumlah jarak kayuhan pergi balik adalah lebih kurang 116km, termasuk panjat Bukit Fraser sampai puncak! Berpinar mata aku tengok, gilo apo? Tak cukup lagik tu, yang join ride tu semua dari geng-geng 2 alam, 3 alam yg bergelar Orang Power dan Orang Besi, tak pun dari golongan otai (bukan otai umur tapi otai ke”poweran” dan pengalaman dia orang tu).
Memanglah aku kena dapatkan mileage kayuhan pasal dah terdaftar untuk kayuhan LeTua 100km bulan Januari 2011 tapi, sekali lagi, kalau ikut logiknya aku patut buat kayuhan setakat 70km-80km dulu dan rasanya tak sesuai nak naik bukit yg masuk kategori gunung kot kalau panjat pakai basikal. Oleh kerana dah sambut lambongan panjat Bkt Fraser, aku pun dengan penuh rasa rendah diri terpaksa menolak lambongan kawan BJCC aku untuk buat kayuhan mingguan BJCC berjarak 80km termasuk Dragonback.
Tetapi kalau dikeluarkan faktor logik itu dari ekuasi pertimbangan, macam manalah aku nak tolak lambongan panjat Bkt Fraser kalau member-member RBU iaitu Diket, Jaja, Det, Shuk dan member sebilik kat Marathon Singapore, Azmar Orang Besi pun join kayuhan ini. Kalau yang bukan dari RBU pun rasa-rasanya golongan insan-insan (bukan insane) yang boleh menerima diri ku ini seadanya. Dibandingkan kayuhan panjat Fraser dengan kayuhan BJCC Bt Arang-Dragonback, memang aku pilih kayuhan panjat Fraser hands down, cukup hanya dengan faktor keseronokan (pikir seronok ajer, sengsara tak ingat) nak berkayuh dengan geng RBUs.
Jadi, tuan-puan, adik-abang, inilah coretan caca merba pengalaman kayuhan 100km saya yang pertama dalam sejarah.
KL – Bentong
Kita orang naik kereta lah, bukan kayuh. Berkumpul di Petronas Taman Melati dan bersarapan di McD. Syahsully aka Speedy GonSyahlez aka Kingfisher membuat special appearance di McD, ingat nak join kayuh sekali rupa-rupanya sarapan untuk persediaan merempit di FRIM. Tak per bro, next time kita buat kayuhan sama-sama. Lepas semua kaum dah muncul, rombongan berlepas ke Bentong. Cuaca adalah mendung dan menggugurkan gerimis pagi.
Bentong – Tranum (31km)
Aku tak ingat bila last time aku sampai Bentong. Aku, Diket, Det, Shuk, Azmar, Jaja, Julie (MissJewels), Helmi (cap ayam?), Shah (tinggal kasut cycling, kayuh pakai croc pinjam), Doc Taufik dan sorang lagik kawan Helmi) start kayuh dari Medan Selera, Bentong. Kat tengah Pekan Bentong join dengan group satu lagik (Bacin, Ishsal, Azwar, Jeff dan 3 org lagik kot). Masuk ajer simpang ke arah Tranum, berdesup-desup peloton depan buat breakaway. Kena ukur baju kat badan sendiri, so aku kayuh dengan pace yang aku mampu dan bernasib baik pasal Julie took it easy at the earlier part, so aku pace dengan Julie together with Doc Taufik. Kalau Julie the Ironman pun tak pulun takkan aku plak nak tunjuk terer! (yg mmg tak terer pun). Sambil-sambil tu banyak guidance Julie bagi kat aku sambil berkayuh. Sesekali Julie tekan sikit-sikit naik bukit-bukit pengenalan, terus aku tinggal belakang, tak tercangkuk aku hehehe. Kita orang re-group kat simpang Tranum – Bukit Fraser. Ride ni ada 2 support cars (wife Ishsal and wife (or GF Jeff?) manning the cars), so lega sikit aku kalau-kalau lah terkantoi atau terbonk, boleh naik support car tapi aku akan berusaha tak nak naik pasal punya jauh nak buat kayuhan ni pastu naik support car..issshhh malu wei!
Tranum – Fraser Gap (20km)
Actually usaha memanjat bermula dari simpang Tranum. Macam biasa lepas 3-4 selekoh, semua kat depan dah hilang dari pandangan. Pasal aku tak tahu setakat mana jauh dan intensiti kederat untuk kayuhan nak sampai Gap (kene pikir lepas tu ada 8km lagik nak panjat sampai puncak Fraser) aku kayuh pelan-pelan. Speedometer aku plak tak berfungsi, nasib baik Doc Taufik saing dengan aku, ada member nak borak-borak dan dia pun banyak ilmu boleh diturunkan pasal dia pun otai di alam kayuhan ni. Halfway, Doc Taufik tekan sikit, maka tinggal aku kayuh kayuh sorang2 kat belakang. On the way, Jeff potong aku dia cakap ada sorang lagik rider kat belakang, so aku lega sikit. Tak lama lepas tu aku nampak Helmi dengan kawan dia stop dekat satu selekoh. Tak ada pancit tayar, dia orang stop ambik breather. Aku pun layan kayuh sorang-sorang. It was quite a lonely ride actually in an unknown surrounding. I was cycling in a noticeably thick mist at certain areas with no soul around, climbing those windy roads for quite sometimes that I started to imagine that I might have missed a junction. At one place I even wondered whether it would be possible that people entered into any twilight zone in such area (suasana sunyi memang boleh membuat perasan kita kurang selesa). Bila aku nampak support car wife Ishal dekat satu selekoh aku rasa lega yang tak ada jalan lain, just need to kayuh until jumpa Fraser Gap.
Sampai Gap, rehat sekejap tunggu the other 3 riders sebelum usaha menawan puncak Fraser bermula.
Gap –Puncak Bkt Fraser (8km)
Yes, this was the ultimate challenge for the entire ride. Kalau tak lepas sampai puncak, mmg tak boleh claim yang kita dah naik Fraser Hill. Mmg seram ler pikir tapi dah sampai takat ini, the only way is up (this is not “Handsome Up” advert). Minda aku mmg fokus giler nak kayuh naik tu (pasal tak power bro, naik Bukit Hantu kat Langat hari tu pun aku dah cukup sengsara). “Slow steady, slow steady”, that was my mantra all the way. Nak bercakap dgn org pun aku takut tapi senyum masih mampu.
Pelan-pelan aku kayuh naik, memang sengsara tapi aku paksa kaki menggerakkan crank dengan keupayaan cardio yang mmg dah nak max (takder heart rate monitor). Memang aku rasa fokus dan semangat untuk aku habiskan kayuhan itu yang berjaya membuat aku sampai ke puncak. Nak ikut letih, otot sakit, mental kacau, nafas nyawa-nyawa ikan, mmg rasa nak pusing balik ajer. Infact masa naik tu, bila bertembung dengan kereta yg dah start turun, aku rasa sure dia org kata kita org ni giler hahaha. Pada mana-mana member yg aku tak dpt tegur atau berhenti bg moral support aku minta maaf pasal aku takut kalau aku berhenti buat aku hilang determination (supply level dah ujung-ujung). Aku tak nak jadi masalah atau beban pada org lain nanti kalau aku kantoi di tengah jalan.
Setelah mengharungi segala sengsara, Alhamdulillah sampai juga aku ke puncak Fraser, yeahooooooo! Tak termimpi aku nak naik Fraser kayuh basikal. First time plak tu naik Fraser. Pada semua kawan-kawan yang sampai ke puncak, congrats to all, it was not easy for sure.
Kayuhan Turun/Balik (58km)
Ride turun mmg exhilarating tapi menakutkan juga dengan korner-korner baring yang ditawarkan. Boleh cramp jari tekan brake, kene plak aku kira newbie, mmg tak berani nak layan korner macam Moto GP racers. Rupa-rupanya turun bukit pun guna tenaga, i.e. body needs to hold the down force.
Time balik yang paling mental part dari simpang Tranum sampai Bentong. Cuaca mendung dah jadi panas terik, jalan plak open, not much shade from the trees beside the road. Macam biasa aku duduk group belakang, tak tercangkuk aku peloton depan with Bacin/Azwar as prime movers. Tak per lah janji habis. Mmg seronok bila sampai Medan Selera Bentong. We high fived and congratulated each others for completing +-118km ride with Fraser Hill conquered. It was an awesome ride and I could not have asked for more for my first century (km) ride. The cendol Bentong was nice too.
Thanks to all who were there. You guys were great.
Pesanan Khidmat Komuniti RBU
For those who are yet to buy a bike, please do so and join us for a spin :D